|
Written by Web Master
|
|
Dec 23, 2009 at 12:00 AM |
|
|

|
Ucapan Pengetua
|
|
Marilah sama-sama kita melafazkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana kita dipertemukan lagi dalam tahun baru 2009. Semoga pertemuan ini menautkan hati kita ke arah satu niat dan matlamat iaitu memperjuangkan martabat pendidikan. Saya mengharapkan tahun 2009 merupakan tahun transformasi dan bermulanya era perubahan.
Perubahan ini bukanlah kerana adanya pengetua baru tetapi hakikatnya perubahan ini adalah satu tuntutan yang perlu ditunaikan. Sebagai penjawat awam, kita membuat kerja bukan untuk diri kita, tetapi kerja kita adalah untuk memenuhi tuntutan negara, stakeholder dan yang lebih penting ialah untuk anak-anak didik kita.
|
|
Sesuatu perubahan itu tidak berlaku sebegitu sahaja . Kita juga berubah bukan kerana orang lain berubah. Perubahan adalah bertujuan untuk penambahbaikan. Tambah nilai bagi setiap kerja kita adalah sebahagian daripada perubahan. “Hari ini adalah lebih baik daripada semalam” merupakan konsep kualiti yang begitu tinggi nilainya. Oleh itu, proses penambaikan juga melambangkan proses yang berterusan.
>Next
|
|
Sejarah Sekolah
|

GOVERMENT ENGLISH SCHOOL (G.E.S)-1926
|
|
Sekolah Tinggi Segamat (STS) pada peringkat awalnya dikenali sebagai Government English School (G.E.S), kemudian dikenali sebagai Segamat Secondary English School dan Sekolah Menengah Inggeris Segamat. Sekolah ini diasaskan pada tahun 1914 yang bertempat di Jalan Abdullah, Segamat. Pada tahun 1929 bangunan utama kini dibina dan pelajar mula dipindahkan pada tahun 1930.
|
|
Guru besar pertama Government English School ialah En. J.C. Mc. Heyzer dan penolong kanannya ialah En. V.A. Mathew dengan pelajarnya seramai 50 orang.
Sekolah ini ditubuhkan oleh pihak penjajah British. Tujuan penubuhannya ialah untuk pendidikan. Lokasi bangunan utama masih kekal hingga kini. Sekolah ini merupakan sekolah tertua dan pertama di Segamat, bagaimanapun bangunan sekolah ini belum diisytiharkan sebagai bangunan warisan sejarah.
Sekolah ini mempunyai keunikan tersendiri seperti reka bentuk penjajah pada bangunan utama masih kekal hingga hari ini. Gambar guru serta pelajar tahun 1926 dan juga pengetua juga ada dalam simpanan sekolah. Selain itu padang sekolah ini ada keunikannya iaitu air cepat diserap kerana adanya system saluran air bawah tanah. Bukan itu sahaja, ia juga merupakan sekolah tertua di bandar dan daerah Segamat disamping telah melahirkan ramai tokoh terkenal negara.
>>Next
|
|
|
|
|
Last Updated ( Dec 23, 2009 at 12:50 AM )
|